Top News


Masih ada stok oats di dapur! Plan nak habiskan sebab takut rosak. Pilihan tentu pada cookies lagi kerana step dan caranya sangat mudah. Cookies ni pun tak lah serumit mana, mula - mula hanya perlu pukul marjerin dan minyak sapi dulu dan step berikutnya hanya masuk oats dan tepung! Cukup rangup dan tak jemu makan biskut ni, sesuai sangat di jadikan kudapan untuk melepak depan tv!



Oatmeal Cookies

125 gram oatmeal - kisar halus
100 gram gula halus
1 sudu besar serbuk koko
100 gram mentega / marjerin
75 gram ghee
200 gram tepung biskut

Bahan Hiasan

Susu tepung secukupnya

Cara Membuat

Di dalam mangkuk adunan pukul mentega, minyak sapi dan gula halus hingga sebati. Masukkan serbuk koko dan oatmeal. Pukul rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang lembut. Bentukkan mengikut acuan kegemaran. Bakar pada suhu 180 C sehingga cookies keperangan. sejukkan dan salut dengan susu tepung. Simpan di dalam bekas kedap udara  agar  kekal rangup.



Sedap juga rupanyee popia nori ni! krap krup - krap krup tak sedar dah nak habis setenga balang! Hehe. Satu lagi resepi cemilan yang sangat mudah di buat. Hanya gabungan dari kulit popia, telur dan seaweed boleh menghasilkan kudapan enak dan berperisa! Kalau ada masa terluang korang cubalah nati, memang berbaloi super simple super sedapp. Sampai berjumpa lagi.

Popia Seaweed

1 bungkus kulit popia
1 bungkus dried seaweed
1 biji telur - di pukul ringan
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
Secubit garam
Minyak untuk mengoreng - secukupnya


Cara Membuat

Pecahkan telur dlm mangkuk kecil dan pukul sedikit menggunakan garfu masukkan serbuk lada dan serbuk pati ayam. Pukul sebati. Sediakan sekeping kulit popiah. Sapu rata telur tadi di atas permukaan kulit popia  hingga mnutupi keseluruhannya.

Susun dried seaweed di atas kulit popiah yg sudah dsapu telur tadi dan tutupkan dgn sekeping kulit popiah lagi. Ulang langkah yg sama sehingga kulit popia / dried seaweed habis.

Gunting kulit popiah yg sudah berinti tadi mengikut bentuk dan saiz yg di sukai. Panaskan minyak dlm kuali dan goreng sehingga kulit popiah agak kekuningan. Angkat dan toskan. Naahhh..sdh sedia utk dimakan begitu saja atau bersama sos  / topping kesukaan anda..kalo x habis leh simpan dlm bekas kedap udara. SELAMAT MENCUBA!



Suka sangat dengan popia basah ni! Hari tu makan di sebuah gerai di Tanjung, jadi teringin dan cuba belajar membuat sendiri di rumah. Mula - mula saya memang tak reti sangat nak membuat kulit popia basah ni, tak biasa kan! 

Tetapi apabila saya cuba dan dua tiga kali practise inilah kejadiannya! Lumayan cantik ( puji diri sendiri ) hehe!Jadi untuk sesiapa yang belum mencuba resepi popia basah dari Kak Umie ini, apa tunggu lagi!! 

Memang sedap sangat bagaikan sajian dari gerai makan! Jadi tak payah dah pergi pasar malam lagi, buat sendiri lebih jimat dan tentu lebih sihat untuk sajian keluarga tersayang.

Popia Basah

Bahan Kulit :
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam

Cara Membuat

Step untuk buat kulit popia boleh rujuk di My Resepi. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan. Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang - kurangnya 1/2jam. 

Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper Buat dari arah jam.Mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan. Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar. 

Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan. Boleh disusun berlapis - lapis ia tak melekat.


Bahan Untuk Inti Popia

1/2 biji kobis - di racik halus
3 biji sederhana besar carrot - di sagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis

Cara Membuat

Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yg dikisar tadi.Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam.Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga sedikit layu.


Bahan Untuk Sambal

15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
Kacang kisar - jika suka


Cara Membuat

Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng lipat macam biasa dan gulung sedia untuk dimakan.

Sebenarnya cara penyediaan popia bergantung pada citarasa. Jika nak letak sambal dulu pun boleh dan nak curah atas popia kemudian pon boleh ikut selera masing - masing.


Hari ini tiba - tiba ada orang tu request nak makan spagheti. Saya sangat suka sebab spagheti lah yang paling ringkas sekali nak masak. Bahan - bahan pun memang dah stand by kat rumah. Tak payah pergi kedai. Untuk sedekit kelainan resepi spageti hari ini setelah di masak saya masukan ke dalam mangkuk anti panas yang di sapu sedikit minyak dan di tabur dengan mozarella cheese dan daun pastry segar. Yummy di makan semasa panas!









Spaghetti Panggang Berkeju

  • 1 peket spaghetti
  • 200 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu
  • 1 labu bawang besar kuning - di cincang halus
  • 1 ulas bawang putih - di cincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum - di dadu
  • 1 batang carrot - di dadu kecil
  • 2 batang celery - di dadu kecil
  • 1 tin cendawan butang - dihiris Spag
  • 1 kiub stok daging lembu
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
  • Sedikit garam, lada sulah dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 2 sudu besar butter
  • Parutan keju mozarella

    Cara Membuat

    Rebus 1 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam . Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

    Sos Bolognese

    Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun, masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk / saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.

    Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.

    NOTA

    Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.

    Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat. Sediakan mangkuk anti panas masukan spagheti dan tabur dengan mozareela cheese dan daun pastry. Bakar sekejap di dalam oven sehingga keju mencair selama 15 minit.