Karipap Sabah, Karipap Jaring


Petang tadi teringin sangat nak makan karipap! Kalau beli tak cukup lima ketul kan berebut pulak nanti dng anak - anak. Hari ni saya buat karipap yg bentuknya lain skit, orang panggil Karipap Jaring... kadang2 panggil karipap  jala ikan sebab macam jaring. Karipap rangup Karipap Sabah memang rangup dan sedap.. cuba - cuba untuk mempelbagaikan bentuk karipap hihi..



Bahan Inti Karipap

5 - 6 biji ubi kentang - daduu kecil
50 gram daging cincang
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar serbuk lada hitam
Sedikit daun bawang  - potong halus
Minyak utk menumis
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat :

Tumiskan bawang besar n bawang putih sesingga naik bau masukkan daging n goreng kejap. Masukkan rempah kurma dan goreng lagi sampai naik minyak. Masukan serbuk lada hitam n pepper yg dah ditumbuk tadi letak garam sikit dan juga gula rasa masinnyer..

kemudian masukkan kentang yg dah potong dadu, masukkan air. Masak hingga kentang empuk n air semakin kering taburkan daun bawang dan tutup api sedia utk digunakan sebagai inti karipap.

Kulit Karipap Rangup ( Noly )

500 gm tepung gandum
1/2 cwn minyak
2 sudu besar mentega
1 sk garam
air secukupnya

Caranya: Panaskan minyak, garam dan butter. Tuang ke dalam tepung. Hati hati semasa menggaulkan minyak dan tepung kerana panas. Gaul sehingga seperti serbuk roti dan tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Rehatkan sebentar dan bolehlah dicanaikan dan di bentuk.


Share To:

MrR4m34t

Post A Comment:

0 comments so far,add yours