Roti Siput Rangup, Siput Rangup,



Salam dan selamat tengah haru buat semuaa, hari ini nak kongsikan resepi kuih siput yang memang sungguh rangup! Kuih siput adalah kudapan kegemaran anak - anak, memang laju jee kalau depa makan

Sambil tengok tv  kejap saja boleh habiskan satu balang!Resepi Kuih Siput ni rapuh strukturnya. Jadi kalau sesapa yang tak suka rapuh, bolehlah kurangkan marjerinnya yaa!! Cukup sedap pada saya, pandai - pandailah memasukkan sukatan rempahnya agar kuih siput yang kita buat tidak terlebih masin atau terlebih  rasa rempah pula nantinya. Bolehlah di semak resepi di bawah ini.

Roti Siput Rangup

600 gram tepung gandum
220 gram marjerin | dicairkan
6 tangkai daun kari  - untuk di campur dalam minyak semasa menggoreng
2 tangkai daun kari  -  kisar kasar / cincang
2 sudu besar serbuk  - kari
15 gram serbuk jintan manis
15 gram  serbuk jintan putih
15 gram udang kering - di goreng dan kisar
2 ulas bawang putih - dihiris halus dan digoreng serta dikisar
1 biji telur
150 ml air - jangan masukkan semua
Garam secukupnya

Cara Memasak

Marjerin dicairkan dan sejukkan sebentar (suam2). Ketepikan. Gaul tepung bersama serbuk kari dan marjerin yang telah dicairkan tadi. Ketepikan. Kisar udang yg digoreng bersama bawang putih. Dalam satu bekas, campurkan bahan kisar dan gaul rata bersama garam. Kemudian masukkan bahan-bahan lainya tadi ke dalam adunan tepung yg telah disebatikan dgn minyak.

Gaul rata. Masukkan telur ke dalam adunan dan sebatikan. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sampai betul-betul sebati. Jangan tuang air terus kalau dah tak melekat tandanya oke.Gentel siput sehingga habis. Goreng siput step by step dan semasa menggoreng, lurutkan daun kari secukupnya.

.
Share To:

MrR4m34t

Post A Comment:

0 comments so far,add yours