Ayam Masak Halia,
Simple lauk saja hari ini! Saya intai dari buku Kak Liza. Memudahkan kerja saya memasak di dapur..
Ayam Masak Halia
1/2 ekor ayam | potong kecil, basuh bersih dan toskan
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung di bancuh dengan 1/2 cawan air
1 sudu kecil lada hitam | ditumbuk kasar
1 pokok daun bawang atau sup | potong pendek
1 biji buah tomato | belah 4
1/2 batang carrot | potong kecil
minyak utk menumis
garam dan sedikit gula
Bahan Hiris :
5 cm halia
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi merah
Cara Membuat :
Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu. Masukkan ayam, lada hitam,sos tiram dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup. Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati. Masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan sehingga pekat. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata. Tutup api, angkat dan bolehlah di hidangkan.
Post A Comment:
0 comments so far,add yours