Bihun Sup Utara, Sup Utara,



Salam..
Juadah saya hari ini, buat bihun sup. Menghabiskan stok daging yang ada dalam fridge kerana hari isnin nanti dah nak mula sibuk denga rutin harian balik. Bihun sup utara adalah salah satu menu favorite kami sekeluarga
dan untuk lebih sedap lagi jika menggunakan tulang lembu segar! Jom layan resepi kat bawah ni!

Bihun Sup Utara

  • 1 bungkus Mihun 
  • 1/2 sudu teh pewarna kuning telur 
  • Daun sup 
  • Daun Bawang 
  • Bawang goreng 

Cara membuat

Rendam bihun hingga lembut. Celur bihun dalam air panas dan masukkan pewarna kuning telur. Angkat dan toskan. Sementara tu siapkan sup dan sambal sebagai pelengkap bihun sup.



Bahan Membuat Sup

  • 1 kg tulang dan daging lembu 
  • 5 - 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1-2 inci halia 
  • 1 sudu besar lada putih
  • 1 sudu kecil campuran jintan manis dan jintan putih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 kulit kayu manis
  • 4 biji pelaga
  • 1 sudu besar rempah sup ( serbuk) 
  • Sedikit gula batu dan garam
  • sedikit perasa / kiub ayam 

Cara Membuat

Tumbuk lada putih, jintan, halia, bawang merah dan bawang putih. Kemudian tumis kayu manis, bunga lawang, pelaga dan bahan tumbuk hingga wangi dan kering airnya. Masukkan, semua rempah, air hingga 3/4 periuk. Masak hingga daging empuk. Sesuaikan rasanya. Tutup api, hidangkan dengan bihun celur tadi dan juga sambal jika suka.


Bahan Membuat Sambal

  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 ulas bawang merah - kisar
  • 2 ulas bawang putih - kisar
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • Minyak untuk menumis
  • 1 sudu besar cuka makan
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat

Panaskan minyak dan tumiskan bahan - bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan sos tomato dan juga sos cili kacau rata sehingga sebatii dan pecah minyak. masukkan cuka, garam dan gula. Masak sehingga sambal memjadi pekat. HIdanghan bersama bihun sup tadi.
Share To:

MrR4m34t

Post A Comment:

0 comments so far,add yours