Sup Cendawan Berkrim, Cendawan Berkrim, Sup Cendawan,


Assalam, dah sarapan ka belum? Hari ni kita ada buat sup cendawan berkrim la pulak! Sesekali hirup sup berkrim cam ni sedapp la jugakan. Semua menggunakan bahan - bahan yang fresh rasanya nya pun lebih berkhasiat dari pada beli yang ready made di dalam tin tu kan! Lebih baik buat sendiri di rumah ya rakan - rakan semua! Resepi senang dan simple..

Sup Cendawan Berkrim

100 gram cendawan butang jenis segar
600 ml air
1 tin susu sejat
1 kiub ayam
1 biji bawang besar - didadu kasar
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 camca besar mentega
50 gram tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada putih
Garam secukup rasa dan sedikit lada hitam
Sedikit cincangan daun parsley -  untuk hiasan

Cara Membuatnya :

Cendawan dibasuh. Asingkan 4 - 5 kuntum cendawan tadi dan didadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya, hiris kasar. Ketepikan. Dalam kuali panaskan mentega, masukkan cendawan dan goreng hingga layu. Tambah bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja. Masukkan tepung dan kacau rata. Gunakan api kecil.

Tuang air dan susu cair, kacau rata, masukkan kiub pati ayam dan biar mendidih perlahan sambil dikacau kerap hingga kuahnya menjadi sedikit pekat. Padamkan api dan biar ianya suam. Kemudian kisar halus, tuang dalam kuali semula.

Masak dengan api perlahan hingga mendidih, masukkan cendawan yang didadu tadi, tambah serbuk lada putih dan kacau rata. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Hidangkan dengan menabur sedikit cincangan daun parsley dan taburan serbuk lada hitam serta roti bawang putih jika suka.



Share To:

MrR4m34t

Post A Comment:

0 comments so far,add yours